Bismillahhirahmanirahhim...
Hati ini begitu teruja untuk berkongsi cerita nan satu ini.
Hari ini merupakan hari yang begitu istimewa sekali.
Aku sangat berharap aku akan dapat peluang seperti ini lagi di masa akan datang.Insya'Allah.
Terima kasih kepada kak ct, yana, ieka, sue n ida kerana memberi peluang kepada aku untuk menyertai lawatan anjuran PUSPANITA ke Raudhatus Sakinan (RS)
PAda mulanya aku tidak berminat untuk menyertai lawatan ini.
Tetapi fikiran aku mula berubah apabila kak ct mengkhabarkan lawatan ini adalah untuk melawat para remaja yang bermasalah dari segi sosial, seperti mengandung anak luar nikah, zina dan sebagainya.
Secara peribadi Aku amat tertarik untuk melibatkan diri dalam lawatan ini. Bagi mereka yang tahu akan kisah silam ku, mungkin mereka akan faham kenapa aku begitu beriya untuk menyertai mereka.
Betul kata sue, aku memang tak lena tidur malam tadi memikirkan bahawa sayangnya aku terlepas peluang untuk menyertai mereka.
Malah aku berkira-kira mahu mengutuskan sepucuk surat buat adik-adik di sana untuk berkongsi pengalaman hidupku dengan mereka.
Tetapi aku hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya,
Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menyertai mereka kerana salah seorang peserta tidak dapat hadir. ucapan syukur ku tidak terhingga buatmu ya Allah.
Hati ini begitu berdebar-debar untuk bertemu dengan insan-insan istimewa ini.
Kami di beri sedikit taklimat tentang penubuhan RS ini. Kenapa insan-insan istimewa ini boleh ditempatkan di RS dan sebagainya.
warga RS ini terdiri daripada mereka yang berumur 14-24 tahun. Mereka ditempatkan di RS untuk jangka masa selama 1 tahun 1 bulan. Mereka diberikan didikan dari segi agama. Aktiviti seharian mereka memang penuh. Tiada masa yang terluang langsung untuk mereka bermain, dan sebagainya, Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan berzikir kepada Allah. Tadarus Al-Qur'an, Qiamullail dan seumpamanya yang rata-rata adalah aktiviti yang mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah S.W.T.
Betapa untungnya mereka berada di RS. Dari pandangan luar, mereka tidak ubah seperti dipenjarakan. Tetapi aku rasa mereka sangat beruntung dan bahagia diberi peluang kedua untuk berubah dan bertaubat di atas kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini.
Jika mereka masih berada di dunia luar, kemungkinan untuk berubah adalah sukar.
Tidak semua orang bernasib baik seperti mereka.
Jika aku diberi peluang, dengan izinMu Ya Allah, aku ingin duduk bersama mereka.
Aku ingin bersama-sama mereka untuk belajar menguatkan diri ini, Bagaimana mereka boleh menerima dan menguatkan diri mereka selepas mereka jatuh. Aku berdoa dan berharap agar mereka menggunakan peluang untuk berada di RS ini sebaik yang mungkin. Semoga mereka tidak kembali ke jalan hitam itu. Insya'Allah.
Terima kasih kepada adik-adik RS yang sudi menceritakan pengalaman hidup adik2 semua. Kalian adalah semangat buat "akak" untuk belajar menerima diri ini seadanya. Untuk belajar lupakan kisah pahit itu dan memulakan hidup baru. "akak" akan berusaha untuk menjadi sekuat dan setabah adik2 mengharungi liku2 hidup ini.