Friday, October 22, 2010

heeeeeeeeee :)

Sudah berabad aku tak update belog ini...kesibukan yang melanda amat membataskan pergerakan jejari jemari jejeku. Sebabnye rutin harian aku dah berubah sekarang ni. Tambahan pula, malas aku nak berebut lappy bersama kaum kerabatku yang lain. Sekadar update fb guna hp sahaja. senang bukan?.

17 oktober yang lalu, diteratak indah kami ni, telah berlangsungnya satu upacara gilang-cemerlang-terbilang..majlis pertunangan along. Teratak kami ni sudah lama tidah mengadakan majlis keraian sebegini. Malangnya the day before majlis itu berlangsung, aku telah dilanda virus "chenta". Demam la..apa lagi.

Semalam, pihak yang berkenaan telah membuat satu latihan kebakaran/kecemasan. kami rakan seangkatan yang sedang tekun menumpukan perhatian terhadap pengajian FSA, telah bergegas turun ke bawah dari tingkat 33...ulangan..tingkat 33...kesakitan kekakian kekakuan ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Nampak sangat lah aku ni sejenis manusia yang memang tidak bersenam. Natijahnya habis segala urat2 sendi menangis kesakitan..hehehehe....

p/s: semakin seronok dengan jadual perjalanan penerbangan ke satu destinasi yang hanya dimengerti oleh insan-insan yang istimewa