Sunday, February 12, 2012

eye lasik surgery

Assalammualaikum ..

Hari ni aku nak share pengalaman aku menjalani minor surgery. It is called "EYE LASIK SURGERY". It was tremendous experience. Alhamdulillah, Allah telah membukakan ruang dan memberikan rezeki untuk aku mendapat peluang kedua ni. Cermin mata adalah sahabat aku since i was 9. 

Segalanya bermula one day aku mengalami kesakitan mata dan kepala yang amat sangat. Aku assumed ia adalah disebabkan mata aku tak dapat nak terima power spec yang terlampau tinggi itu. Aku menangis semalaman memikirkan nasib mataku ini. Risau yang amat. Takut kehilangan anugerah Allah yang satu ini. Aku telah mengadu kepada cousin ku . Beliau telah memberiku kata-kata semangat dan meng'suggest' kan sebuah eye specialist centre kepadaku. Tanpa membuang masa aku telah membuat appointment dengan mereka untuk membuat "eye check-up".
It took me 3 hours for the eye check up procedures just to make sure that my eyes are fit enough for the surgery. Macam-macam la prosedurnya. Nak kene check tekanan mata, ketebalah kornea, tahap kerabunan dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah, mata saya sesuai. Syukur tak terhingga.

Next, kena fikir pula tentang cost nya. Bole buat belanja kawen uolss..heee.. Alhamdulillah memang sudah tertulis takdir aku untuk lasik ni dan Allah permudahkan jalan untuk aku. Terima kasih ayah kerana telah membiayai cost lasik ini.

Sebulan kemudian, Saat yang ditunggu-tunggu selama 15 tahun ni telah pun tiba. Nervous nya Allah saja yang tau. Sebelum operation bermula. Dr Yen telah menerangkan prosedur sepanjang operation tu. Aku time tu tak pay attention sangat sebab tengah gabra. Redah ajelah. Then kak mira selaku assistant doktor hari tu telah menenangkan aku. Kata-kata semangat dari dia memang membantu la. Sambil dia membersihkan mata aku dan  menitik kan ubat bius ke dalam mata. Yes,dalam mata. Then, aku dibaringkan dan nampak la mesin lasik tu atas kepala. Time ni memang terbayangkan Movie Final Destination 5 .. Sebab alat yang digunakan untuk membuka luas-luas mata aku yang sepet ni sama. hahahhaa..

Surgery bermula apabila dr telah melekapkan something ke dalam mata aku ni. Itu adalah mesin untuk membuka flap mata aku. Sakitnya Allah je yang tahu. Sakit weyh. Sebab benda tu memberi tekanan ke dalam mata kita. Selama 15 saat benda tu menekan mata kita. 15 saat dengar macam sekejap je. Tapi waktu tu rasa macam 15 jam. hehehe..Selepas selesai membuka flap tu, Laser pulak di tadahnya. Masa ni tak rasa apa pun. Rasa sejuk je. Time ni memang tak nampak pun laser tu.just nampak buih2 je. Laser tu mengambil masa berapa minit pun aku tak ingat. sebab nervous kan..Tapi kejap jela.

Done with right eye. Now turn left eye pulak. Time ni adalah saat-saat yang mengerikan buat aku dan doktor dan para assistant yang ada dalam tu. Ramai okeyh dalam tu. Semasa mesin untuk membuat flap di mata kiri ku ini dilekapkan ke mata, Anak mata aku tidak mahu focus. Aku panik. sebab aku dah dapat rasa kesakitannya time buat di mata kanan. Doktor terpaksa stop banyak kali untuk bagi mata aku focus. Doktor tenangkan aku, dan Alhamdulillah aku dapat focus kembali. Mulut ni terkumat-kamit baca apa yang terlintas di kepala. Semasa laser pun mata aku tak dapat focus, dan sekali lagi doktor terpaksa stop beberapa kali. Natijahnya, mata kiri aku tercedera sikit. Nampak la tompokan merah di dalam bahagian putih mata tu. Tapi doktor dah sahkan ia tidak menjejaskan penglihatan aku.

Alhamdulillah, tiada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa bersyukur, dan gembiranya aku di atas peluang kedua yang Allah kurniakan ini.

So, ini lah dia sedikit sebanyak coretan pengalaman aku. For next entry aku akan ceritakan pula tentang pengalaman after surgery dan penjagaan mata after surgery.



p/s: Maaf kerana tiada gambar sebenar.

No comments:

Post a Comment