Wednesday, November 30, 2011

Selamat tinggal

Sekarang ni perasaan aku macam rojak buah bole?hehehe...
aku mengalami tekanan perasaan lately ni. Bukan masalah jiwa meroyan sume tu pun.
Ade la satu hal ni. memang bole hilang mood bagai la.
Tapi hari ni masalah itu dah selesai. Its good for me, but not for the other side.
Hikmahnya, aku tak merana la macam past few days ni, tapi kesian la kat the other side kan.
Semoga hari-hari ku akan lebih baik dari sebelum ni. Insya'Allah.
Tapi apa-apa pun aku doakan semoga the other side mendapat hikmah yang lebih besar daripada
kehilangan hari ini ok. 

p/s: Jangan nak menyombong diri dan bercakap besar. Rezeki Allah tiada jangkauannya. Bersyukur la di atas nikmat kurniaannya. 

Saturday, November 19, 2011

KERUGIAN

Aku mendapat invitation dari Akademik, untuk menghadiri kursus "solat sempurna".
Seriusly excited. Sebab selama ni memang la kita solat kan.tapi tak tahu solat kita tu sempurna atau tidak. betul ke tidak caranya kan. Since aku sorang je yang di"invite" oleh akademik, so aku pun ajakla geng2 lain untuk turut serta dalam kursus ni. Alhamdulillah mereka di "invite" juga. Dan Alhamdulillah mereka dapat sempurnakan kursus mereka hingga ke akhir. yang aku ni pe cter? "accident" tengah jalan..sedih ya amat. aku jugak yang tak dapat nk complete kan kursus tu. Tapi tak pe. Insya'Allah ade rezeki lagi, moga2 aku di pilih untuk 2nd batch. Amin.

p/s: Accident orang perempuan.kihkihkih =p

Tuesday, November 15, 2011

Belajar untuk bersyukur

Assalammualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah. syukur rasa tak terhingga..Semakin hari, hati semakin tenang. Bagi la apa pun (benda yang selalunya tak boleh handle dengan sabar),Insya'Allah akan hadapinya dengan tenang..semoga rasa ini kekal hingga akhir hayat ni. Berharap agar orang sekeliling turut berasa tenang dengan diri ini..hehehe..

Sangat percaya dengan janji Allah. Berusaha, berdoa dan bertawakal. Sentiasa ingat DIA if nak buat apa pun.
Redha dengan ketentuanNYA.
Semua orang dah ditetapkan jalan hidup masing2. Rezeki masing2, jodoh masing2.
Allah maha mengetahui. 

Tak perlu rasa iri hati dengan rezeki orang lain.
Gaji yang sikit, tak semestinya kita miskin. dan gaji yang banyak tak menandakan kita kaya.

Memiliki segala yang kita hajati di dunia ni tak menjanjikan kita akan bahagia selamanya. Aku lebih rela untuk miskin di dunia yang sementara ni tetapi bahagia di SANA.

Tak perlu merungut dengan rezeki yang Allah dah kurniakan kepada kita.
Kadangkala rasa malu dengan Allah sebab kita lebih banyak merungut dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, tapi kita tak pernah nak bersyukur di atas kurniaanNYA. Malu sungguh.

p/s: kata-kata untuk memujuk sang hati untuk terus rasa bersyukur di atas segalanya. Rasa tak layak nak meminta yang lebih. kurniaan MATA ini dah cukup untuk segalanya. Insya'Allah.

Tuesday, November 8, 2011

omong-omong kosong

Hari-hari pun perlukan keperkasaan diri..hari-hari pun perlu mencari sumber keperkasaan diri..
memang perlu super duper terbabooom kekuatan hati...semoga segalanya di permudahkan,,Insya'Allah...

Merasakan kerancakan perbualan bersama mereka semakin hambar,,dek kerana ingin menjaga percakapan daripada memperkatakan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah..saya rela begitu..
Jika dulu, aku akan menarik muka, bila masing-masing kelu tidak bersuara..tetapi tidak sekarang..lebih baik begitu..

Saturday, November 5, 2011

Salam aidiladha :)

Salam aidiladha kepada anda yang membaca blog ini (kalau tak baca, mana mungkin akan baca salam ini...ehhehe)..

hari ini menziarahi kubur arwah nenek..masa raya aidiladha ini lah yang mempunyai kesempatan untuk menziarah kubur arwah nenek..Aidilfitri memang tak berpeluang, sebab menziarahi kubur arwah atok di JB..

p/s: teringat tayangan video tentang kematian di kursus Perkasa Diri.